Sabtu, 19 November 2011

Kelantan





Pantai Sri Tujuh merupakan tempat yang berlangsungnya Pesta wau antarabangsa. Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujuh yang teletak di Tumpat, 7 km daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik.

Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dahulunya PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Keindahannya dihiasi dengan pokok Ru dan pokok kelapa bagi pengunjung menikmati keindahan pantai ini. Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.



Perlis







Gua Wang Burma

Sebuah gua kembara yang mempunyai pembentukan batu kapur yang menarik. Pelawat yang ingin ke gua ini perlu mendapat bantuan pemandu pelancong.

Menara Kayangan

Menara ini terletak di Laluan 15 kg Wang Kelian. Pelawat berpeluang  menikmati pemandangan sekeliling yang menakjubkan iaitu Tasik Timah Tasoh dan Bukit Chabang yang merupakan Menara Kembar Perlis.


Denai Warisan Tok Jaafar

Ianya merupakan laluan pejalan kaki yang pernah menghubungi komuniti di Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit. Laluan ini amat bernilai dari sudut sejarah dan tumbuhan.


Nat di Wang Kelian

Pada hari Ahad pelancong tempatan berpeluang menyeberangi sempadan Thai-Malaysia tanpa menggunakan dokumen perjalanan dengan syarat mereka berada di kawasan pasar minggu tersebut. Antara barangan jualan ialah buah-buahan segar, pakaian dan barangan kraf.


Gunung Perlis

Merupakan titik yang paling utara di Semenanjung Malaysia. Trek pendakian ke puncak gunung yang tingginya 733m ini agak mencabar dan mengambil masa kira-kira 3 – 5 jam untuk seseorang yang sihat dan berstamina mendakinya. Pemandu pelancong diperlukan bagi tujuang pendakian.


Tasik Meranti & Lata Kasih

Tasik ini terletak di suatu kawasan lembah dengan pemandangan indah di kelilingi oleh bukit-bukit batu kapur. Terdapat kemudahan berkayak di sini. Lata kasih merupakan sebuah kawasan air terjun yang indah dan mempunyai jalan masuk yang sempurna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan