Khamis, 10 November 2011

Tempat-tempat menarik di Malaysia



Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 14 buah negeri. Setiap negeri mempunyai tempat yang menarik. Jom kita menyaksikannya.



Putrajaya, Kuala Lumpur


Taman Botani yang dibina bagi memelihara spesis-spesis tumbuhan dan sebagai tempat himpunan koleksi tumbuhan. Antaranya ialah Taman Botani Kepong, Taman Botani Shah Alam, Taman Botani Ipoh, Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Melaka dan banyak lagi. Taman Botani Putrajaya merupakan salah satu tempat menarik yang popular yang perlu anda kunjungi jika sampai ke Putrajaya. Taman yang keluasan 92 hektar meruapakan Taman Botani yang terbesar di Malaysia  .


Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian; tanaman bunga, taman dan juga pusat kajian. Terdapat lebih dari 700 spesis tanaman berbunga, selain tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika. Kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai. Memang amat sesuai untuk bawa anak berjalan-jalan ke sini kerana ia merupakan tapak pembelajaran bagi pelajar mengenali alam semulajadi. Kanak-kanak pasti menyukai koleksi tanaman eksotik yang terdapat di sini. Di sini terdapat restoran dan pelbagai kemudahan lain termasuk kemudahan tapak bagi mengadakan acara perkahwinan.




Kedah



Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Ibu kota Kedah, Alor Star misalnya; telah melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara tempat menarik yang lain ialah seperti;
Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Tempat ini menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.
Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.
Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Tempat ini terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter dan melambangkan kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.
Pekan Rabu adalah tempat untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati. Contoh cenderahati ialah barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan