Sabtu, 12 November 2011

Selangor



Batu Caves


Batu Caves yang terletak di dalam sebuah bukit batu kapur 15 km di utara Kuala Lumpur adalah sebuah tarikan pelancongan yang terkenal di Selangor.
Destinasi terkenal ini dikunjungi pelawat dari serata dunia sewaktu sambutan perayaan tahunan penganut Hindu - Thaipusam.
Batu Caves terdiri dari tiga buah gua yang besar termasuk gua utama yang mengandungi kuil Hindu yang dihiasi dengan ukiran halus.
Salah satu pengalaman lawatan yang menarik di Batu Caves ialah pendakian 272 anak tangga menuju ke ruang gua utama.
Berhampiran dengan gua utama ialah Gua Ramayana di mana dinding di dalamnya terlukis gambaran-gambaran kisah mitos epik India. Bukit batu kapur ini juga merupakan tempat popular untuk aktiviti memanjat batu


 Pulau Carey

Pulau Carey terkenal dengan dua perkara - makanan laut yang lazat dan penduduk orang asli Mah Meri (disebut Mak Miri) yang terkenal dengan hasil ukiran dan topeng kayu yang mempesona.
Penduduk Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey tidak jauh dari tanah besar.
Mereka telah menerima cara hidup moden dan bekerja di estet dan ladang yang berdekatan, tetapi mereka masih mengekalkan budaya dan cara hidup mereka yang unik.
Selain dari persembahan tarian dan muzik tradisional mereka, penduduk Mah Meri juga terkenal dengan hasil seni ukiran tradisional.
Salah satu ukiran terkenal ialah daripada kayu paya keras yang dinamakan "Nyireh Batu".



Johor



GUNUNG PULAI

Satu-satunya hutan simpan yang terdekat dengan Johor Bahru ialah Hutan Simpan Gunung Pulai. Ia dibuka untuk orang ramai dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan ataupun bersantai bersama keluarga. Pokok-pokok yang tinggi melampai dan irama unggas rimba mengamit kedatangan para pengunjung di sini.. Keindahan air terjun Gunung Pulai merupakan tarikan utama hutan simpan ini. Air Terjun Gunung Pulai mempunyai 3 peringkat; yang terbesar ialah peringkat kedua setinggi 15 meter. Terdapat juga kolam buatan manusia yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda dan berkelah di peringkat pertama dan kedua.


Pengunjung yang cintakan kehijauan alam akan terpesona melihat keindahan alam semulajadi serta hidupan liar di Gunung Pulai. Dibajai oleh sungai dan tanpa ganguan manusia, flora dan fauna mewarnai kehidupan di Gunung Pulai.
Bagi mereka yang gemar berkhemah pula, kawasan perkhemahan juga disediakan. Bermula dari kaki gunung melalui peringkat pertama dan kedua air terjun, berjalan dicelah-celah hutan tropika dan berakhir di peringkat ketiga air terjun adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang gemar merentas hutan. Setelah penat seharian meredah hutan, mereka bolehlah beristirehat di kawasan perkhemahan yang disediakan

AIR TERJUN KOTA TINGGI

Air Terjun Kota Tinggi yang berketinggian 34 meter merupakan antara tempat pelancongan yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Keindahan dan kedinginan air yang datang dari atas gunung mendamaikan rasa para pengunjung. Terdapat beberapa buah chalet yang didirikan berhampiran dengan kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menginap serta menikmati keindahan waktu malam. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan makanan ala chinese dan barat serta gerai- gerai makanan yang lain. Selain daripada itu tapak perkemahan juga disediakan bagi mereka yang gemarkan dengan aktiviti perkhemahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan